Bagaimana ia berfungsi?
Toyota EZ Beli untuk Perniagaan adalah pelan pembiayaan-auto inovatif daripada Toyota Capital untuk kenderaan komersial - skim bayaran bulanan mudah yang berbeza berbanding pinjaman biasa. Toyota EZ Beli untuk Perniagaan adalah pinjaman 7 tahun yang dibahagikan kepada 3 peringkat untuk kemudahan pemilik perniagaan.
Model Toyota yang boleh dipercayai untuk perniagaan anda
Pelan ini sesuai untuk:
- Perniagaan baru & perniagaan mikro
- Perusahaan kecil & sederhana
- Kumpulan kecil kenderaan syarikat
- Kumpulan besar kenderaan syarikat
Kelebihan
- Ansuran bulanan rendah dan kompetitif untuk tiga tahun pertama
- Sedikit peningkatan memasuki Peringkat Kedua (Tahun 4-5) selari dengan perkembangan perniagaan anda
- Pilihan fleksibel untuk Peringkat Ketiga (Tahun 6-7): teruskan bayaran semula ATAU trade in dengan Toyota baharu
Syarat
Milikan Tunggal/Perkongsian
Kad Pengenalan pemilik/ rakan kongsi yang menandatangani dokumen Sewa Beli
- Salinan sijil perakuan pendaftaran perniagaan
- Salinan pembaharuan sijil perakuan pendaftaran perniagaan (Borang D/E)
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Penyata Cukai Pendapatan terkini dengan bukti pembayaran cukai
Syarikat Swasta / Awam (Permohonan Koperat)
(Sila pastikan dokumen berikut adalah salinan benar yang telah disahkan)
- Borang 9
- Borang 49 / Seksyen 58
- Penyata bank 3 bulan terkini ATAU 1 tahun Penyata Kewangan yang telah diaudit
- Resolusi Lembaga
- Mana-mana satu Pengarah (1) Kad Pengenalan / Pasport
- Penyata SSM
Terma Pembiayaan
Kelayakan |
|
Margin pembiayaan | Pembiayaan maksimum sehingga 85%, tertakluk kepada jumlah minimum pinjaman. |
Tempoh | 7 tahun sahaja |
Ini cara ia berfungsi:
Soalan Lazim EZ Beli untuk Perniagaan
-
Apakah itu Toyota EZ Beli untuk Perniagaan?
Ini adalah pelan pembiayaan-auto khas untuk kenderaan kegunaan perniagaan, di mana anda boleh menikmati bayaran bulanan rendah dalam masa tiga tahun pertama dan akan bertambah sedikit mengikut tempoh perjanjian. -
Apakah beza antara pelan ini dengan pelan EZ Beli biasa?
Pelan EZ Beli biasa adalah pelan pembiayaan 9-tahun yang dibahagikan kepada tiga fasa (setiap tiga tahun) manakala EZ Beli untuk Perniagaan adalah pembiayaan 7-tahun yang dibahagikan kepada tiga tahun untuk fasa pertama dan setiap dua tahun berikutnya untuk fasa kedua dan ketiga. -
Berapa lamakah tempoh perjanjian pinjaman ini?
Toyota EZ Beli untuk Perniagaan ditawarkan dengan tempoh bayaran semula 7-tahun untuk sebuah Toyota baharu. Dalam tujuh tahun itu, Peringkat Pertama adalah untuk tahun pertama hingga ketiga, Peringkat Kedua adalah tahun keempat dan kelima manakala Peringkat Ketiga pada tahun keenam dan ketujuh. -
Berapa banyak boleh saya pinjam?
Pinjaman maksimum adalah sebanyak 85% daripada harga atas jalan kenderaan tersebut, termasuk insurans dan cukai jalan. -
Apakah beza pelan ini berbanding pelan pembiayaan lain?
Toyota EZ Beli untuk Perniagaan membenarkan anda menikmati bayaran bulanan rendah untuk tiga tahun pertama dalam tempoh pinjaman dan akan naik secara berperingkat apabila perniagaan semakin berkembang, sementara Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan pula memerlukan anda membayar jumlah yang sama daripada tempoh awal pinjaman sehingga habis. -
Saya tertarik dengan bayaran rendah pada Peringkat Pertama. Adakah saya mampu untuk melaksanakan bayaran lebih tinggi pada Peringkat Kedua dan Ketiga?
Jangan bimbang! Bayaran semula pada Peringkat Kedua hanya tinggi sedikit sahaja dan memasuki Peringkat Ketiga, anda juga boleh memilih untuk trade in kenderaan tersebut dengan Toyota baru dan membuat perjanjian Toyota EZ Beli untuk Perniagaan sekali lagi! -
Sekiranya saya tidak mampu untuk membuat bayaran lebih tinggi sebaik Peringkat Kedua tamat, dan memasuki Peringkat Ketiga, apa pilihan yang ada?
Anda boleh memilih untuk menyelesaikan pinjaman lebih awal. trade in kenderaan untuk model Toyota baharu, dan nilai lebih trade in tersebut boleh digunakan untuk mengimbangi baki bayaran pinjaman anda. -
Bolehkah saya membayar lebih dalam Peringkat Pertama dan Kedua, dan apa akan terjadi kepada pinjaman saya?
Ya, boleh. Bayaran yang lebih akan di bawa ke hadapan. -
Adakah saya akan mendapat rebat faedah daripada bayaran lebih yang dibuat?
Anda masih akan dapat menikmati rebat tersebut sebaik pinjaman dalam Peringkat Kedua diselesaikan. -
Apakah syarat bagi EZ Beli untuk Perniagaan?
Berikut adalah syarat bagi mendaftar Toyota EZ Beli untuk Perniagaan :
Milikan Tunggal/Perkongsian
Kad Pengenalan pemilik/ rakan kongsi yang menandatangani dokumen Sewa Beli
- Salinan sijil perakuan pendaftaran perniagaan
- Salinan pembaharuan sijil perakuan pendaftaran perniagaan (Borang D/E)
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Penyata Cukai Pendapatan terkini dengan bukti pembayaran cukai
Syarikat Swasta / Awam (Permohonan Koperat)
(Sila pastikan dokumen berikut adalah salinan benar yang telah disahkan)- Borang 9
- Borang 49 / Seksyen 58
- Penyata bank 3 bulan terkini ATAU 1 tahun Penyata Kewangan yang telah diaudit
- Resolusi Lembaga
- Mana-mana satu Pengarah (1) Kad Pengenalan / Pasport
- Penyata SSM
Muat Turun Risalah
Peninsular Malaysia | Muat Turun |
Sabah and Sarawak | Muat Turun |
Explore our auto financing options & Services