IconBagaimana ia berfungsi?

Pelan Pembiayaan Islam yang inovatif menawarkan pelbagai ciri dan faedah yang tidak terdapat seperti sewa beli. Pelan ini mempunyai faedah dalam menjimatkan bayaran muka, menikmati Nilai Akhir Jaminan Pajakan (LEV, "Lease-End Value") dan Jaminan Perlindungan Kenderaan (GAP), menjadikan anda lebih selesa untuk memandu Toyota baharu.

Kelebihan

  • Insurans dan cukai jalan anda diuruskan bersama penghantaran PERCUMA serta tiada caj tersembunyi
  • Fleksibiliti pilihan sama ada anda ingin 'trade-in' untuk kenderaan Toyota baharu, memulangkan semula atau menyimpan kereta sedia ada pada akhir tempoh pembiayaan anda
  • Toyota memastikan pengguna berharga kami tidak terjejas oleh risiko susut nilai atau turun naik harga pasaran dengan Nilai Akhir Jaminan Pajakan (LEV)

IconKelebihan Toyota Drive

Tiada Bayaran Pendahuluan **

Penjimatan bayaran pendahuluan daripada perjanjian Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan. Dapatkan aliran tunai lebih baik bagi menjaga keutamaan kewangan anda yang lain.

*Sewa beli menawarkan pembiayaan kewangan maksimum sehingga 90%

** Tertakluk Terma & Syarat

Jaminan Nilai Akhir Pajakan (LEV)

Kemudahan ini menentukan nilai akhir kenderaan pada ketika pembelian dan memastikan bahawa anda tidak terjejas oleh risiko susut nilai atau turun naik harga pasaran.

Jaminan Perlindungan

Jaminan Perlindungan Kenderaan (GAP) melindungi anda daripada membayar perbezaan antara jumlah penyelesaian insurans, yang berdasarkan nilai pasaran kenderaan dan jumlah ansuran tertunggak.

Pilihan Pemilikan Pada Akhir Pembiayaan

Pada tempoh akhir pembiayaan, anda mempunyai kelonggaran untuk membuat pilihan daripada senarai di bawah:

  1. 'Trade-in' untuk kenderaan baharu Toyota
  2. Pulangkan kenderaan sedia ada dan selesai
  3. Kekalkan kenderaan sedia ada dengan:
    1. Pembiayaan pada kadar kenderaan baharu
    2. Beli kenderaan dengan jaminan Nilai Akhir Pajakan (LEV)

Kami menguruskan kos Takaful/Insurans dan cukai jalan anda

Tiada lagi kerisauan: kami akan menguruskan semuanya berkaitan Takaful/Insurans dan cukai jalan. Kami juga menyediakan penghantaran secara PERCUMA.

IconSoalan Lazim Toyota Drive

  1. Apakah Toyota Drive?
    Toyota Drive adalah produk pembiayaan Islam yang menawarkan banyak ciri dan faedah yang tidak terdapat dalam sewa beli.


  2. Mengapakah Toyota Drive ditawarkan kepada model-model terhad sahaja?
    Toyota Drive disasarkan kepada model kereta penumpang kerana Malaysia adalah salah satu pasaran terbesar kereta penumpang di rantau ini.

  3. Siapa yang boleh memohon Toyota Drive?
    Permohonan terbuka kepada individu (umur yang sah) dan syarikat-syarikat

  4. Apakah tempoh pembiayaan untuk Toyota Drive?
    Anda boleh memilih untuk tempoh pembiayaan di antara 3 hingga 5 tahun.

  5. Mengapa pada permulaan pembiayaan peminjam perlu membayar sewa 1 bulan dan deposit keselamatan?
    Memandangkan Toyota Drive dibina berdasarkan prinsip pajakan berlandaskan Syariah, ia memerlukan sewa yang akan dibayar pada awal bulan. Deposit keselamatan akan dikembalikan pada akhir pembiayaan tanpa sebarang caj tambahan, sekiranya terpakai.

  6. Bolehkah saya membuat bayaran muka jika saya mahu?
    Ya, boleh.

  7. Apakah LEV?
    LEV atau Lease-End Value adalah anggaran Toyota Capital untuk nilai kenderaan anda pada akhir tempoh pembiayaan yang dipersetuju.

  8. Sekiranya berlaku kemalangan, adakah LEV saya akan terus terjamin?
    Ya, dengan syarat semua kerja pembaikan dilakukan di bengkel UMW Toyota Motor yang sah.

  9. Adakah saya perlu membayar yuran pentadbiran untuk mengambil pembiayaan kenderaan dengan Toyota Capital Malaysia?
    Yuran pentadbiran yang minimum akan dikenakan bergantung kepada jenis penyelesaian pembiayaan kenderaan. Klik di sini untuk Yuran Pengurusan.

  10. Apakah GAP?
    GAP bermaksud Jaminan Perlindungan Kenderaan (Guaranteed Auto Protection).

  11. Bagaimana saya mendapat manfaat daripada liputan GAP?
    Sepanjang tempoh pajakan, pelan Toyota Capital akan melindungi anda dari membayar baki jumlah penyelesaian takaful/insurans, yang akan dibuat berdasarkan nilai pasaran kenderaan, dan juga jumlah tertunggak sekiranya terdapat kerugian yang berpunca dari kecurian atau kemalangan. Jika jumlah insurans melebihi jumlah penyelesaian, anda akan menerima semula lebihan wang yang telah dibayar tertakluk kepada terma dan syarat.

  12. Adakah saya perlu membuat bayaran tambahan untuk liputan GAP?
    Tiada caj tambahan untuk liputan GAP.

  13. Apakah pilihan yang ada untuk saya di tempoh akhir pembiayaan?
    Beberapa pilihan yang tersedia adalah:-
    1. 'Trade-in' untuk model baharu Toyota
    2. Hanya dengan memulangkan semula kereta sedia ada
    3. Memiliki kenderaan sedia ada melalui kaedah berikut:
      1. Pembiayaan pada kadar kenderaan baharu
      2. Membeli kereta Toyota tersebut melalui jaminan Nilai Akhir Pajakan (LEV)

  14. Apakah kadarnya jika saya mahu membuat pembiayaan semula pinjaman?
    Jika anda membiayai semula pinjaman di bawah kategori sewa beli, Toyota Capital akan menawarkan kadar kenderaan baharu untuk anda.

  15. Sekiranya saya hendak memulangkan kenderaan saya, apakah perkara penting yang perlu saya tahu?
    Jika anda memilih untuk memulangkan kenderaan pada akhir tempoh pembiayaan, anda bertanggungjawab untuk membayar apa-apa pembaikan atau penggantian kenderaan yang melebihi klausa normal haus dan lusuh. Anda juga perlu membuat bayaran tambahan jika memandu melebihi kilometer yang dinyatakan di dalam kontrak.

  16. Bolehkah saya memilih syarikat Takaful / Insurans?
    Tidak, Takaful / Insurans mesti ditaja jamin oleh syarikat Takaful / Insurans yang dilantik oleh Toyota Capital Malaysia. Ini adalah untuk memastikan anda dapat menikmati manfaat Toyota Drive.

  17. Siapakah yang akan memperbaharui Takaful / Insurans dan cukai jalan saya?
    Toyota Capital akan memperbaharui Takaful / Insurans dan cukai jalan anda setiap tahun dan menyerahkan polisi insurans dan cukai jalan kepada anda tanpa sebarang caj tambahan.

  18. Adakah penjawat awam layak untuk pelan ini?
    Ya! Kami menawarkan kempen Jom Drive, istimewa untuk penjawat awam. Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Terokai pilihan pembiayaan kenderaan & perkhidmatan kami