Moratorium Toyota Capital Malaysia / Skim Bantuan Kewangan

Dokumen diterbitkan pada 15 May 2020.

Lihat versi Bahasa Inggeris di sini.

  1. Saya difahamkan bahawa Toyota Capital Malaysia adalah bukan dibawah bidang kuasa atau seliaan BNM, adakah syarikat ini menawarkan skim Moratorium untuk membantu pelanggan-pelanggan yang menghadapi masaalah kewangan disebabkan pandemik Covid-19?
    Walaupun Toyota Capital Malaysia bukan sebahagian daripada institusi perbankan, kami masih menjalankan peranan dalam memberi bantuan dan sentiasa komited membantu ekonomi semasa walaupun dalam keaadan apa sekalipun.

    Dengan itu, pihak kami akan menawarkan Skim Penangguhan Ansuran ataupun Moratorium (Payment Holiday) untuk jangkamasa selama 6 bulan kepada pelanggan perseorangan atau SME dengan syarat akaun anda tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 Apr, 2020.

  2. Merujuk kepada pengumuman sebelum ini bahawa penangguhan 6 bulan Moratorium / pembayaran untuk Sewa Beli (HP) dan pembiayaan AITAB dengan kadar tetap adalah automatik. Adakah terdapat penarikan balik dalam arahan ini?
    Tidak, Moratorium 6 bulan ini di tawarkan untuk semua pelanggan yang berkelayakan. Walaubagaimanapun, berdasarkan pengumuman oleh BNM pada 30 April 2020, terdapat proses baru untuk memilih / memohon Moratorium untuk jangka waktu 6 bulan dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020.

  3. Mengapakah proses penambahan ini untuk memilih /memohon moratorium diperlukan?
    Langkah penambahan ini diperlukan untuk mematuhi syarat prosedur dibawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta HP) dan Syariah dan juga untuk memasukkan perubahan pada jadual pembayaran dan/ atau jumlah akibat daripada penangguhan enam bulan dalam pinjaman /perjanjian pembiayaan anda.

  4. Bagaimanakah boleh saya memaklumkan kepada Toyota Capital Malaysia mengenai keputusan saya samada menyertai atau tidak untuk Skim Moratorium yang ditawarkan?
    Pelanggan Individu
    1. Dari SMS yang anda terima, layari ke laman web kami untuk melengkapkan borang persetujuan
      sebelum 28 May 2020.
    2. Isikan keputusan anda samaada "Setuju/Opt In" atau "Tidak Setuju/Opt Out" dan tekan hantar

    Pelanggan SME
    Untuk pelanggan SME, Toyota Capital Malaysia akan menghantar surat kepada pelanggan melalui e-mel. Bagi mereka yang tidak mempunyai alamat e-mel, kami akan menghantar melalui pos. Bagi pelanggan yang tidak menerima surat tersebut, sila maklumkan kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 18 Mei 2020.

  5. Bilakah harus saya memberitahu Toyota Capital Malaysia mengenai keputusan saya untuk memilih atau tidak mengikuti moratorium?
    Pengesahan dari pihak tuan/puan mesti diterima oleh pihak Toyota Capital Malaysia pada atau sebelum jam 11:59pm pada 28 Mei 2020.

  6. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya memutuskan untuk tidak menyertai Skim Moratorium pada 28 Mei 2020?
    Sekiranya anda sudah memaklumkan kepada kami untuk tidak mengikut serta Moratorium sebelum pengumuman terbaru oleh BNM, anda tidak perlu melakukan apa-apa dan teruskan pembayaran anda seperti biasa.
    Sekiranya anda memutuskan untuk tidak mengikuti dan tidak mempunyai tunggakan sebelum pengumuman Moratorium, sila maklumkan kepada Toyota Capital Malaysia melalui portal web kami dan perlu membayar ansuran untuk April, Mei dan Jun 2020 (3 ansuran sekaligus) sebagai sebahagian daripada pembayaran ansuran untuk bulan Jun 2020. Ansuran biasa akan disambung pada bulan Julai 2020 dan seterusnya kami tidak mengenakan sebarang caj tambahan untuk bulan April & Mei 2020.

  7. Sekiranya saya tidak ingin menyertai Skim Moratorium tetapi tidak berkemampuan untuk membayar ansuran bagi April & Mei pada bulan Jun 2020, bagaimanakah Toyota Capital Malaysia boleh membantu saya?
    Kami menawarkan Skim Penangguhan 3 Bulan yang unik (April, Mei & Jun) dimana kami menggalakkan anda untuk menyertainya bagi membantu tuan/puan untuk mengurus aliran tunai anda. Sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di cs@toyotacapital.com.my untuk kami membantu anda dalam pengurusan ansuran bulanan.

  8. Apakah yang akan yang berlaku sekiranya saya gagal memaklumkan kepada Toyota Capital Malaysia mengenai keputusan saya untuk memilih atau tidak menyertai Skim Moratorium ini pada atau sebelum 28 Mei 2020?
    Oleh kerana tidak ada persetujuan daripada anda mengenai perubahan syarat pembayaran, Toyota Capital Malaysia akan menganggap bahawa anda telah memutuskan untuk tidak menyertai Moratorium dan meneruskan pembayaran pada 29 Mei 2020 dengan membayar 3 ansuran (April, Mei & Jun 2020) sekaligus.
  9. Sekiranya akaun saya baru sahaja bermula dengan ansuran pertama pada March 2020, adakah saya berkelayakan untuk memohon Skim Moratorium?
    Ya. Anda boleh membayar ansuran pertama yang bermula pada March 2020 dan berkelayakan untuk Skim Moratorium. Sementara itu, ansuran April 2020 akan dijadualkan ke bulan Oktober 2020 selaras dengan Skim Moratorium.

  10. Berapa lamakah jangkamasa Skim Moratorium?
    Ia adalah untuk jangkamasa 6 bulan seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia bermula pada April 2020 sehingga September 2020. Anda boleh meneruskan ansuran seperti biasa bermula pada Oktober 2020.

  11. Bagaimana sekiranya saya telah membayar ansuran untuk April 2020, bilakah saya patut memulakan bayaran ansuran seterusnya?
    Anda akan mula membayar ansuran seterusnya pada bulan Oktober 2020.

  12. Adakah saya masih berkelayakan untuk Skim Moratorium sekiranya akaun saya telah tertunggak?
    Ya, sekiranya akaun anda tertunggak kurang daripada 3 bulan pada 1 April 2020. Tetapi sekiranya akaun anda tertunggak melebihi 3 bulan, pakej ini tidak akan ditawarkan kepada anda.


  13. Adakah saya perlu membayar tunggakan yang ada mulai bulan Januari, Februari dan Mac 2020?
    Ya, anda mesti mengemas kinikan tunggakan anda secara beransur-ansur setiap bulan.


  14. Sekiranya saya berada didalam Skim ini, adakah ia akan menjejaskan kedudukan kredit atau menunjukan rekod yang buruk didalam rekod kewangan saya, terutamanya CCRIS?
    Penangguhan bayaran dibawah Skim Moratorium tidak akan menjejaskan rekod CCRIS anda yang telah sedia ada. Sebagai contoh , sekiranya rekod CCRIS anda sebelum waktu Moratorium adalah 2 bulan, rekod tersebut akan menunjukkan rekod yang sama semasa waktu Moratorium dari April 2020 hingga September 2020.

  15. Adakah saya akan dikenakan caj lewat bayar untuk jangkamasa 6 bulan sekiranya saya memilih Skim Moratorium?
    Tidak.

  16. Bolehkan saya membuat apa-apa bayaran separa sekiranya telah memilih Skim Moratorium dari bulan dari April - September 2020?
    Ya, boleh. Pembayaran separa akan digunakan untuk pembayaran bulan Oktober 2020.

  17. Jika kenderaan saya telah di tarik, bolehkah saya menyelesaikan semua jumlah tunggakan dan semua caj sampingan lain sebelum menebus kenderaan? Adakah saya layak untuk Moratorium juga?
    Anda boleh menyelesaikan semua jumlah tunggakan untuk menebus kenderaan anda tetapi walau bagaimanapun anda tidak layak untuk skim Moratorium.

  18. Jika saya mempunyai lebih daripada 1 akaun dengan Toyota Capital Malaysia dan saya hanya ingin mengambil Moratorium untuk beberapa akaun sahaja dan bukan untuk semua. Bagaimana cara saya memohon ?
    Skim Moratorium kami diterapkan secara per akaun. Jika anda tidak ingin masukkan beberapa akaun anda untuk skim tersebut, sila terus membuat pembayaran untuk akaun tersebut. Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami melalui e-mel di cs@toyotacapital.com.my

  19. Sekiranya saya mempunyai arahan tetap (SI) dengan bank saya, adakah TCAPM akan memberitahu bank untuk menghentikan SI?
    Tidak. Anda perlu menghubungi bank anda untuk menghentikan arahan tetap (SI) buat sementara waktu.

  20. Selepas tamat tempoh Moratorium, bolehkah TCAPM mempertimbangkan untuk menawarkan saya penambahan tempoh pinjaman jika saya tidak mampu untuk terus membayar ansuran saya?
    Tiada lanjutan dibenarkan di bawah skim moratorium kami. Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui e-mel di cs@toyotacapital.com.myy

  21. Sekiranya saya memilih Skim Moratorium, bolehkah saya meminta jadual bayaran yang baru selepas tamatnya tempoh Moratorium?
    Ya. Anda boleh memohon jadual bayaran yang baru dengan menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan kami melalui e-mel di cs@toyotacapital.com.my

  22. Jika saya mempunyai akaun Pelan Flexi, adakah TCAPM akan mengenakan saya faedah bulanan jika saya memilih Skim Moratorium?
    Untuk maklumat anda, TCAPM akan terus mengenakan faedah bulanan tetapi tidak perlu membuat bayaran ansuran bulanan semasa tempoh Moratorium.

  23. Sekiranya saya diberi tempoh moratorium selama 3 bulan sebelum pengumuman oleh BNM, adakah saya layak secara automatik untuk mendapat skim Moratorium 6 bulan itu?
    Ya, anda akan diberi tempoh tambahan secara automatik hingga 30 September 2020. Bayaran seterusnya akan bersambung semula pada bulan Oktober 2020.

  24. Saya mempunyai kemudahan pinjaman flexi -plan dengan Toyota Capital Malaysia, adakah saya berhak mendapat moratorium?
    Ya, anda layak untuk moratorium dan boleh memberitahu keputusan anda untuk memilih moratorium melalui laman web kami.

    Faedah akan dikira berdasarkan jumlah pokok terkini dan dikira pada Kadar Pinjaman Asas (BLR) seperti biasa.

  25. Bolehkah saya memilih moratorium pinjaman untuk jangka masa yang lebih pendek?
    Pilihan 1 : Anda mula membayar mulai Julai 2020. (jika anda belum membuat pembayaran pada bulan April 2020)
    Pilihan 2 : Anda mula membayar mulai Ogos 2020. (jika anda telah membuat pembayaran pada bulan April 2020)
    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui e-mail di cs@toyotacapital.com.my

  26. Bagaimana saya boleh menghubungi TCAPM sekiranya saya memerlukan maklumat tambahan mengenai skim Moratorium?
    Anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan kami melalui e-mel di cs@toyotacapital.com.my